Monday, 16 November 2015

PEREMPUAN PALING DIGERUNI

Bismillahirrahmanirrahim
 
Assalamualaikum,
 
Hi... Hari ini ialah hari pertama aku menulis blog. Aku mula berminat dalam bidang penulisan apabila selalu melihat bondaku aktif dalam bidang ini. Mungkin juga ianya faktor keturunan kerana ayahandaku seorang wartawan.
 
Mengapa namaku 'Budak Coklat Bam Bam'? Nama itu diberi khas oleh bondaku. Ianya kerana ciri fizikalku yang agak debab dan berkulit gelap. Nama sebenar? Tak perlu tahu kot. Hobi aku ialah mengumpul novel-novel seram. Aku memang gemar baca buku-buku seram apatah lagi hasil terbitan 'Buku Prima'. Walaupun sebenarnya aku seorang penakut, tapi apabila aku baca novel seram hati aku terhibur. Aku juga suka menonton rancangan tv. Antara rancangan tv yang paling aku suka ialah Running Man.  Kalau boleh setiap hari aku ingin menonton rancangan itu, tapi apakan daya ayahanda dan bonda cuma memberi izin menonton rancangan itu dua kali seminggu.
 
 
 
        Di sekolah aku digelar 'Perempuan Paling Digeruni'. Mungkin kerana sifatku yang agak garang dan pemarah. Aku tidak suka barangku dipinjam tanpa meminta izin dahulu. Ia kerana selepas barang tersebut digunakan, si peminjam tidak akan meletakkannya di tempat yang betul. Kemudian barang itu hilang. Sudahnya aku terpaksa meminta duit dari ayahanda untuk membeli yang baru. Jika si pemimjam meminta izin pun belum tentu aku benarkan kerana bimbang hal berikut berlaku. Ya. Itu adalah perkara yang aku benci.
 
Aku rasa cukup setakat ini. Maklumlah baru hari pertama melibatkan diri dalam bidang penulisan blog. Idea pun belum banyak lagi. Aku akan menuntut ilmu dari bonda dan ayahandaku untuk penulisan yang benar-benar mantap. Aku akan berkongsi pelbagai cerita yang menarik dan tidak menarik di dalam blog ini. Blog ini aku buat untuk mengisi masa lapang yang terluang dan untuk membahagiakan diri sendiri.
       

2 comments:

  1. Hi..saya budak bam2 juga.. Selamat berkenalan. Saya akan follow blog awk bam2!!!

    ReplyDelete
  2. Assalamualaikum BCB...sori acik x tahu nama nak guna...salam perkenalan...teruskan usaha utk menulis blog yer...mungkin satu hari nanti akan berjaya mcm bonda dan ayahanda juga...

    ReplyDelete